Kekal Sihat di Tanah Suci: Elak Batuk & Demam Sepanjang Ibadah Umrah

  

Tips Elak Batuk & Demam Semasa di Tanah Suci: Kekal Sihat Sepanjang Ibadah



Menunaikan ibadah di Tanah Suci merupakan pengalaman yang sangat bermakna. Namun, perubahan cuaca, persekitaran baru, dan keletihan boleh menyebabkan badan mudah jatuh sakit. Antara penyakit ringan yang biasa menyerang jemaah ialah batuk, selsema dan demam.

Bagi memastikan ibadah dapat dilakukan dengan selesa dan lancar, berikut adalah beberapa tips penting untuk menjaga kesihatan semasa berada di Mekah dan Madinah:


1. Elakkan Makan Aiskrim dalam 2-3 Hari Pertama Tiba di Tanah Suci

Badan masih sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran dan cuaca baru. Makan makanan sejuk seperti aiskrim boleh menyebabkan tekak terkejut, sekaligus mencetuskan batuk dan sakit tekak.

2. Pilih Air Zam-Zam yang Bertanda “Not Cold”

Di Masjidil Haram, tong-tong air zam-zam biasanya dilabelkan sama ada sejuk atau tidak. Jika anda baru sampai atau tekak mula terasa tidak selesa, pilih tong yang bertulis “Not Cold” untuk elakkan kejutan suhu pada tekak.

3. Pakai Pelitup Muka di Kawasan Sesak

Gunakan mask apabila berada di kawasan yang sesak atau tertutup seperti dalam bas atau lif. Ini dapat mengurangkan risiko penyebaran virus. Kecuali ketika dalam keadaan ihram, pelitup muka dibenarkan dan sangat digalakkan.

4. Gunakan Payung atau Topi Semasa Cuaca Panas Terik

Suhu di Tanah Suci boleh mencecah 40°C ke atas. Elakkan berjalan terlalu lama di kawasan panas tanpa perlindungan. Gunakan payung atau topi, dan rehat di kawasan berbumbung apabila perlu.

5. Minum Air dengan Kerap

Pastikan anda kekal terhidrasi dengan minum air mineral dan air zam-zam secukupnya. Jangan tunggu sehingga dahaga baru minum. Bawa botol air sendiri untuk sentiasa bersedia.

6. Ambil Vitamin C Secara Semulajadi

Tingkatkan imun badan dengan pengambilan buah-buahan yang tinggi Vitamin C seperti buah oren dan kiwi. Ini penting untuk mempertahankan diri daripada virus serta mempercepatkan proses pemulihan jika mula rasa tidak sihat.





Kesimpulan

Menjaga kesihatan adalah sebahagian daripada ibadah. Bila tubuh sihat, ibadah lebih kusyuk dan lancar. Ambil langkah pencegahan awal, dengar nasihat doktor, dan jangan abaikan tanda-tanda awal keletihan atau sakit.

Semoga perjalanan umrah anda dipermudahkan, dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada di Tanah Suci. Amin.

Comments