Panduan
Bacaan Doa untuk Setiap Pusingan Sa’ie
Ibadah Sa’ie adalah salah
satu rukun dalam ibadah Umrah dan Haji yang dilakukan dengan berjalan
ulang-alik sebanyak tujuh kali antara Bukit Safa dan Bukit Marwah. Sepanjang
perjalanan ini, umat Islam digalakkan untuk berzikir dan berdoa bagi
mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Pusingan Pertama
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا
عَذَابَ النَّارِ
Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina ‘adzabannar
“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami dari azab api neraka.”
Pusingan Kedua
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن
لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْوَهَّابُ
Rabbana la tuzigh qulubana ba'da iz hadaitana wahablana milladunka rahmah,
innaka antal wahhab
“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami setelah Engkau beri
petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu.
Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”
Pusingan Ketiga
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا
لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Rabbana dzolamna anfusana wa illam tagfirlana watarhamna lanakunanna minal
khasirin
“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika
Engkau tidak mengampuni dan merahmati kami, nescaya kami akan termasuk dalam
kalangan orang yang rugi.”
Pusingan Keempat
اللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Allahumma a’inni ‘ala dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatika
“Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan
beribadah kepada-Mu dengan sebaik-baiknya.”
Pusingan Kelima
استغفر الله العظيم إن الله غفور رحيم
Astaghfirullahal 'azim innallaha ghafurur rahim
“Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung. Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Pusingan Keenam
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ العَظِيْمِ
Subhanallah wa bihamdihi, subhanallahil azim
“Maha Suci Allah dan dengan segala pujian bagi-Nya, Maha Suci Allah Yang
Maha Agung.”
Pusingan Ketujuh
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ
أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar, wa la
hawla wa la quwwata illa billah
“Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah
Maha Besar, dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah.”
Walaupun bacaan ini tidak
diwajibkan, ia sangat dianjurkan untuk mengisi masa sepanjang Sa’ie dengan doa
dan zikir yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga ibadah kita diterima
dan menjadi asbab keberkatan dalam hidup.
Comments
Post a Comment